ALI THE REDS

setiap dari kita, ada takdirnya tersendiri. hidup tidak akan berakhir dalam kuasa undang2 manusia kerana dunia kecil ini adalah penjara terindah ciptaan yang maha Esa....

RAJA AZHAR (PEMBATIK KACA)







Raja Azhar Idris merupakan seorang artis yang sangat mahir menggunakan media kaca sebagai bahan penghasilan karyanya. Nama sebenar beliau ialah Raja Azhar bin Idris, lahir di daerah Bruas, Perak, Malaysia pada bulan September 1952. Beliau telah memperolehi Ijazah Seni Halus daripada Kolej Seni Victoria di Melbourne, Australia. Pada tahun 1981. Ketika belajar di Australia beliau telah menerima anugerah St Kilda Art Prize daripada Datuk Bandar Melbourne dan Zaman Victoria iaitu anugerah masyarakat orang seni seniman bagi anugerah tahun 1980/1981. Setelah tamat pembelajarannya di Melbourne, Australia beliau telah membuka bengkel-bengkel bagi sesiapa yang ingin mempelajari teknik pembuatan kaca. Selain itu, beliau juga mempunyai gelerinya sendiri dan menjadi artis sepenuh masa.

Beliau banyak melakukan pembaharuan dalam penghasilan karyanya iaitu dengan menggunakan penemuan baru dalam karyanya iaitu dengan menggunakan media kaca sebagai bahan tara dalam penghasilan karyanya. Walaupun, menggunakan media baru Raja Azhar Idris tetap masih berpegang kepada motif batik sebagai subjek matter dalam karyanya. Setiap motif batik telah dipelbagai dalam karyanya dan menghasilkan satu karya yang sangat menarik dan amat berkualiti. Setiap penghasilan karyanya ia banyak menekankan aspek unsur seni dan prinsip rekaan. Lihat sahaja pada karyanya setiap unsur dan prinsip rekaan yang diterapkan dalam karyanya amat bersesuaian dengan motif batik yang ingin beliau tonjolkan.

Selian itu, daripada karyanya yang bermotifkan batik tradisional, beliau juga banyak menghasilkan karya untuk bangunan-bangunan swasta seperti untuk bangunan Maybank, Kuala Lumpur, Bank Simpanan Nasional, Kuala Lumpur, Renaissance Hotel, Kuala Lumpur, mandarin Oriental Hotel, Year Tyre Co., Kuala Lumpur, PUNB, Kuala Lumpur, Malaysian Airline Systems, Kuala Lumpur, Hotel Bintulu, Bintulu, Sarawak, dan lain-lain. Beliau juga, menghasilkan karya untuk dihadiahkan kepada menteri-menteri di Malaysia. Sebagai contohnya Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Abdullah Badawi, Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Dato’ Sri Adnan dan sebagainya.

Tekstur kaca Raja Azhar telah ditauliahkan untuk dipasang dalam rumah-rumah persendirian di Kuala Lumpur di antaranya ialah rumah YBHG. Toh Puan Mahani Idris Daim (usahawan dan pengasas Yayasan Seni Berdaftar); YBHG. Tan Sri Kamarul Ariffin, Dr Yusof (pengamal perubatan dan pengasas kumpulan Klinik Kita klinik-klinik perubatan); Nita Dan Roslan, En James (Comissioner Tinggi Australia), dan lain-lain.

1 comments:

Post a Comment

Liverpool Football Club - My Passion, My Love & My Life