ALI THE REDS

setiap dari kita, ada takdirnya tersendiri. hidup tidak akan berakhir dalam kuasa undang2 manusia kerana dunia kecil ini adalah penjara terindah ciptaan yang maha Esa....

RAJA AZHAR (PEMBATIK KACA)







Raja Azhar Idris merupakan seorang artis yang sangat mahir menggunakan media kaca sebagai bahan penghasilan karyanya. Nama sebenar beliau ialah Raja Azhar bin Idris, lahir di daerah Bruas, Perak, Malaysia pada bulan September 1952. Beliau telah memperolehi Ijazah Seni Halus daripada Kolej Seni Victoria di Melbourne, Australia. Pada tahun 1981. Ketika belajar di Australia beliau telah menerima anugerah St Kilda Art Prize daripada Datuk Bandar Melbourne dan Zaman Victoria iaitu anugerah masyarakat orang seni seniman bagi anugerah tahun 1980/1981. Setelah tamat pembelajarannya di Melbourne, Australia beliau telah membuka bengkel-bengkel bagi sesiapa yang ingin mempelajari teknik pembuatan kaca. Selain itu, beliau juga mempunyai gelerinya sendiri dan menjadi artis sepenuh masa.

Beliau banyak melakukan pembaharuan dalam penghasilan karyanya iaitu dengan menggunakan penemuan baru dalam karyanya iaitu dengan menggunakan media kaca sebagai bahan tara dalam penghasilan karyanya. Walaupun, menggunakan media baru Raja Azhar Idris tetap masih berpegang kepada motif batik sebagai subjek matter dalam karyanya. Setiap motif batik telah dipelbagai dalam karyanya dan menghasilkan satu karya yang sangat menarik dan amat berkualiti. Setiap penghasilan karyanya ia banyak menekankan aspek unsur seni dan prinsip rekaan. Lihat sahaja pada karyanya setiap unsur dan prinsip rekaan yang diterapkan dalam karyanya amat bersesuaian dengan motif batik yang ingin beliau tonjolkan.

Selian itu, daripada karyanya yang bermotifkan batik tradisional, beliau juga banyak menghasilkan karya untuk bangunan-bangunan swasta seperti untuk bangunan Maybank, Kuala Lumpur, Bank Simpanan Nasional, Kuala Lumpur, Renaissance Hotel, Kuala Lumpur, mandarin Oriental Hotel, Year Tyre Co., Kuala Lumpur, PUNB, Kuala Lumpur, Malaysian Airline Systems, Kuala Lumpur, Hotel Bintulu, Bintulu, Sarawak, dan lain-lain. Beliau juga, menghasilkan karya untuk dihadiahkan kepada menteri-menteri di Malaysia. Sebagai contohnya Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Abdullah Badawi, Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Dato’ Sri Adnan dan sebagainya.

Tekstur kaca Raja Azhar telah ditauliahkan untuk dipasang dalam rumah-rumah persendirian di Kuala Lumpur di antaranya ialah rumah YBHG. Toh Puan Mahani Idris Daim (usahawan dan pengasas Yayasan Seni Berdaftar); YBHG. Tan Sri Kamarul Ariffin, Dr Yusof (pengamal perubatan dan pengasas kumpulan Klinik Kita klinik-klinik perubatan); Nita Dan Roslan, En James (Comissioner Tinggi Australia), dan lain-lain.

MY FAMILY











Perkenalkan inilah family yang aku ada dan yg aku sayangi. mereka memberi aku satu kehidupan yang sempurna dan bahagia. aku bersama-sama adk aku bersama-sama membesar dalam family ini. segala suka duka gurau senda kami hadapi dan alami bersama. banyak kenangan telah aku hadapi bersam. satu kenangan manis yang aku ada bersama keluarga ini ialah semasa kami bercuti di pulau perhentian, kami bersama-sama mandi pandai, bakar ayam, snokling, mancing dan banyak lagi la. mmg best giler percutian ari 2. manakala satu peristiwa sedih yang x boleh aku lupakan semasa adkku yang no 3 telah terlibat dalam kemalangan yang ngeri kaki kanan dan tangan kirinya patah manakala berlaku sedikit keretakan pd tengkorak kepalanya. sayu,sedih, marah menguasai diri semasa abgku telefon ckp adkku 2 exciden, waktu 2 aku tgh kalut nk setelkan tesis kajian kraf. sawaktu aku sampai di hospital dan tgok adk. aku x cam mukanya krana mukanye cedera teruk bertambah sayu hatiku waktu itu. aku bleh bayangkan kesakitan yang dihadapinya. namun semua itu telah berakhir kini. dia sekarang ini sudah bertambah sihat dan dh boleh berjalan tanpa tongkat, syukur kepada yg maha Esa. aku harap perkara sebegini tidak akan berulang lagi dalam family aku....

so aku bersyukur sangat hidup dalam family ini, terima kasih ya Allah!!!!!!
sekian utuk waktu ni...ln x jumpa lagi.......

THE LAST BADMINTON






Semalam aku n kawan2 KH ku beramai-ramai pergi bermain badminton dkt gym kampus upsi. semalam tok dalik, bok miah, bob n yek xda yang pergi maen smlm antaranya nije meterialistik, ijan cute, mus arshavin, abe j blutooh, krel, rizal ramli (croko aka p.ramlee), aku, alia, honey, cik mung, n mira. aku n alia dtg lebih awal sampai drp diorang semua, hampa melanda jiwa bila tengok semua cod sdh dipenuhi dgn bdk2 badminton lain. aku n saing2 tunggu dic2 lebih kurang stgh jam jgla barulah kami dapat maen. rizal ramli plg semangat aku tgok dia maen smalam semua buah hntaran lawan dapt di ambil tp kalu buah kt dpn net 2 dia kantoi r hehehe....

kesimpulannya semua dapat maen ari 2 n kami semua sngt gumbira n lps maen 2 kami bergambar. macam2 gaya bebudak ni posing n yang x thn 2 tembok mendaki yg ada dalam 2 pon kitaorang panjat n posing diatas sana...

sekian utk kali ini... love u all...peace!!!

KATA-KATA HIKMAH ORANG-ORANG SOLEH


A. SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ


Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: – Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat – Sabar perhiasan kepada bala.– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. – Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. – Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.

LIVERPOOL -2 MAN U -0






Semalam adalah malam yg gembira bt aku, sudah sekian lama liverpool di rundung malang tp semalam liverpool yg musuh kami pnggil fooll tidak foll kali ini kami bangkit dari lamunan dan membenam keegoan MU dengan gaya permainan kami yangsebenar..

Semalam kt P'yor aku menjerit sekuat hati dan menghentak meja makan kedai itu sampaikan air teh yang berada di atasnya sedikit tumpah.. waktu 2 Torres score utk gol pembukaan. seluruh penyokong Liverpool kat c2 riuh menjerit keriangan. sekali sekali aku lihat wajah2 fan united. jelas terpancar kekucewaan d muka mereka...

Syabas untuk LIVERPOOL teruskan perjuangan dan jangan jatuh lagi dan jangan pula terlalu gembira dgn kemenangan ini kerana perjalanan kita masih pnjg lagi.

THE REDS MMG BEST la!!!! sekian...

MODUL GRAFIK


Hari sabtu lalu aku telah mempresentkan keja grafik aku yang aku rasa pling rumit nk buat assignmnt itu, tetapi berkat usaha dan tanjuk ajar lect. aku dapat bt keja itu dangan baik dan cemerlang dan hasilnya boleh dibanggakan. pelbagai dugaan telah aku tempuhi semasa proses pengsahilan modul tersebut. sebenarnya aku telah ditugaskan oleh lect untuk membual satu modul pembelajaran denga menggunakan perisian swiss, flash dan director. selama 3 hahi waktu tidur ku tergagu tetapi aku bersyukur kerana dpt menyiapkan modul tersebut dengan lancar. aku bt modul itu bersama teman seperjuangan iaitu azmi aka yob aka john.

kami present bersama2 group KH. mereka juga ditugaskan untuk menghasilkan modul tersebut. mereka juga terdiri drp kwn2 aku jg. hari tersebut mmg boring giler tunggu giliran, pukul 5 ptg barulah sampai group aku presnt.

denga adanya subjek ini aku dpt mempelajari benda yang baru dan menarik.
hasilnya aku puas sngt dengan hasil keje aku n yob aku juga x sangka dapat
membuat modul yang agak menarik untuk dipamirkan. sekian!!!!

Liverpool Football Club - My Passion, My Love & My Life